Tuesday, October 19, 2010

Pokok Ketum



Pokok Ketum juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.


Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Bahan Aktif

  • Mengandungi banyak alkaloid psikoaktif, lebih daripada 25, tetapi Mitragynine merupakan alkaloid yang utama

  • Mitragynine memberi kesan-kesan stimulan, sedatif dan euforik, oleh itu ia berfungsi sebagai drug narkotik seperti candu

  • Alkaloid Mitragynine diasingkan (isolated) pada tahun 1907

  • Struktur kimianya ditentukan pada tahun 1964

  • Strukturnya berkait dengan alkaloid yohimbin dan voakangin (voacangine)

  • Terdapat perkaitan jauh dengan ‘tryptamine-based psychedelic drugs’ seperti yohimbin, psilosibin dan LSD.
 Pelbagai Cara Mengambil Ketum

  • Daun segar dikunyah bersama sirih

  •  Daun kering dihisap bersama tembakau, candu

  • Direbus dan minum sebagai sirap/ teh

  • Daun segar/ kering ditumbuk halus dan dimakan diikuti

  • Dengan air suam. Serbuk juga diletakkan pada lidah untuk kesan gian

  • Ekstrak resin mentah dibentukkan kepada gentel kecil yang ditelan atau dicairkan dalam air panas
 Penggunaan Tradisional

  • Diguna semenjak berzaman-zaman

  • Ubat tradisional bagi:

  • Merawat cirit birit, demam dan batuk,

  • Mengelakkan dari penyakit cacing,

  • Meningkatkan selera makan,

  • Menambah tenaga untuk melakukan kerja-kerja berat,

  • Diadun dengan herba lain – penawar kepada penyakit darah tinggi, lemah tenaga batin dan lelah
 Kegunaan-Kegunaan Lain

  • Detoksifikasi penagihan metadon (seperti di New Zealand). Pesakit melaporkan kesan mimpi yang sangat jelas (vivid hypnagogic dreams).

  • Sebagai stimulan – mempengaruhi mood dan tahap kegelisahan

  • Sebagai analgesik – berkesan sebagai ubat pelali seperti Morfin

  • Drug narkotik – menghasilkan kesan bak-narkotik dan euforia bak-heroin

  • Drug gantian untuk candu

  • Penyembuhan sementara untuk penagihan candu kerana ia menghalang gejala tarikan opiate

  • Ketum digunakan untuk menghentikan penggunaan drug narkotik secara beransur-ansur; penagih akan berhenti mengambil dadah, keinginan (gian) dan gejala tarikan akan diredakan melalui pengikatan alkaloid mitraginin kepada reseptor delta (Kajian perintis di National Institute of Thai Traditional Medicine, 1999).
 Kesan Farmakologi

  • Bertindak dalam masa 5-10 minit setelah mengambil dan tahan selama 6 jam

  • Mengurangkan ketegangan otot

  • Menindas sistem saraf pusat

  • Memberi kesan penagihan yang sederhana (mildly addictive)

  • Kesan berhubungkait dengan dos yang diambil
Mekanisme Tindakan

  • Ketum mempunyai beberapa tindakan pindah-silang kepada reseptor Mu – mungkin berhubungkait dengan ciri-ciri ketagih daun ketum iaitu reseptor kappa dan delta tidak berubah dengan penggunaan kronik agonis opiat, tetapi reseptor mu akan terubah dengan teruk (down-regulated), dan seterusnya menyebabkan tolerans dan penagihan.
Kesan Mengikut Tahap Dos

  • Alkaloid aktif memberi kedua-dua kesan stimulan dan sedatif

  • Dos rendah (1-5 gram daun kering) sehingga dos sederhana (dua kali ganda dos rendah) memberi kesan stimulan pada reseptor delta opiod

  • Dos tinggi (10-30 helai daun atau lebih sehari) memberi kesan sedatif pada reseptor mu
 Kesan Sampingan Mitragynine

Kesan Dos Rendah

  • Menghalang motivasi

  • Ketiadaan minat

  • Bosan

  • Malas
 Kesan Pada Tahap Stimulan (Dos Sederhana)

  • Ransangan

  • Peningkatan tenaga fizikal dan batin

  • Mungkin meningkatkan keupayaan melakukan kerja-kerja berat atau

  • Kerja yang membosankan

  • Suka bercakap, ramah, suka bergaul

  • Mudah runsing
Kesan Pada Tahap Sedatif-Euforik-Analgesik (Dos Tinggi)

  • Kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emosi

  • Berasa tenang

  • Hilang dalam alam mimpi

  • Merasa gatal atau berpeluh

  • Anak mata menjadi sempit

  • Merasa loya
 Kesan Sampingan Akut (Penggunaan Singkat)

  • Mulut menjadi kering

  • Kerap kencing

  • Kehilangan selera makan (anoreksia)

  •  Sembelit
 Kesan Sampingan Kronik (Penggunaan Lama)

  • Anoreksia dan seterusnya kehilangan berat badan

  • Jaundis (penyakit hati)

  • Insomnia (payah tidur)

  • Psikosis (gila)

  • Kulit menjadi gelap terutamanya di bahagian pipi
 Kesan Penggunaan Banyak (10-30 Helai Daun Atau Lebih Dalam Sehari)

  • Banyak tidur

  • Hilang keupayaan untuk bekerja

  • Takikardia (denyutan jantung menjadi cepat)

  • Delusi paranoid (khayalan buruk-sangka)
 Gejala Tarikan

  • Hidung dan mata berair

  • Cirit birit

  • Sakit pada otot dan tulang

  • Masalah pergerakan anggota kaki dan tangan

  • Sintakan otot (muscle jerking)

  • Tingkahlaku agresif dan hostil (sikap bermusuhan)

  • Mudah meradang

  • Hilang keupayaan bekerja
 Risiko

  • Tertidur semasa melakukan kerja berbahaya sebab pengguna akan

  • Mengantuk dengan tiba-tiba tanpa amaran

  • Ketagih jika menggunakan setiap hari atau untuk jangka masa yang panjang jika diambil bersama lain-lain drug seperti yohimbin, kokain, amfetamin,

  • Dos besar kafein – kesan perangsang berlebihan atau peningkatan tekanan darah

  • Jika diambil bersama alkohol, benzodiazepin, opiat – kesan sedatif berlebihan atau menindas pernafasan dan boleh menyebabkan kematian
 Dari Aspek Perundangan

  • Dikawal di Australia, Malaysia, Myanmar dan Thailand

  • Thailand mengharamkan penggunaannya semenjak tahun 1943

  • Memandangkan kesan bahaya akibat penyalahgunaan daun ketum. Disama kelaskan dengan kokain dan heroin. Kajian Dr. Sangun Suwanlert pada tahun 1975 mendapati bahawa daun ketum mempunyai ciri-ciri ketagihan

  • Di Malaysia sejak 1 Jan 2003, Mitragynine adalah bahan psikotropik 

  • Disenaraikan dalam Jadual Ketiga (Section 30) Psychotropic Substances Akta Racun 1952. Sesiapa yang mengimport, mengeksport, mengilang, membekal, menjual dan memiliki atau menggunakan Bahan Psikotropik secara haram (tanpa dibenarkan mengikut undang-undang) adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. (disemak 1989)
Dengan pengistiharkan daun ketum sebagai bahan larangan mulai Januari 2003, ini bererti pokok Ketum mungkin akan pupus akibat aktiviti penghapusan oleh pihak berkuasa. Nasib pokok ketum ternyata berbeza dengan pokok kola yang berasal dari Amerika Syarikat. Air rebusan daun kola telah dijadikan bahan asal coca-cola. Bagaimanapun setelah didapati daun kola mempunyai bahan ketagihan yang sama, syarikat coca-cola telah menukar bahan asal dalam daun kola kepada bahan sintatik yang tidak menagihkan.

Apakah mungkin anda pengusaha daun ketum yang mampu menjalankan penyelidikan bagi menyingkirkan bahan mitragynine dari ramuannya untuk dipasarkan? Mungkin akan terhasil Ketum Kola? Hanya masa akan menetukannya.

Bagaimanapun penyelidikan oleh luar negara untuk memajukan pokok ketum menunjukkan hasil yang menggalakkan. Kajian oleh Ridley 1897 di Malaya dan terbaru di New Zealand mendapati kandungan mitraginin dalam daun ketum dos rendah boleh digunakan sebagai ejen dalam rawatan detoksifikasi dadah (pemulihan penagih dadah). Dengan itu daun ketum dipercayai boleh membantu dalam rawatan detoksifikasi atau terapi gantian dan khasiat dalam perubatan tradisional tetapi kajian lebih saintifik perlu dilakukan bagi memastikan aspek keselamatan serta keberkesanan daun ketum digunakan dalam rawatan itu.

Ketum Untuk Merawat Ketagihan Dadah

Pokok ketum tumbuh semulajadi di hutan-hutan seperti di Perak, Kedah, Perlis dan Trengganu. Masyarakat tradisi mengunakan daun ketum untuk membantu menambah tenaga atau mengembalikan kesegaran selepas penat berkerja. Ia dimakan secara segar seperti mengunyah daun sirih.

Daun ketum juga digunakan untuk merawat ketagihan dadah, tetapi penggunaan yang berlebihan boleh memberi kesan ketagihan terhadap bahan berkenaan.

Daun ketum yang dikeringkan dan direbus digunakan untuk mengembalikan tenaga batin. Selain dari dikunyah segar, rebusan daun yang kering juga digunakan sebagai tonik untuk menghilangkan rasa lesu selepas berkerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot sakit-sakit sendi dan lelah. Rebusan daun kering dan akarnya pula digunakan bagi melegakan penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Daun Ketum Herba Penawar Diabetes Paling Mujarab

Daun ketum sememangnya di akui herba yang mempunyai khasiat untuk melancarkan perjalanan darah dan penawar sakit urat. Minum air ketum telah dijadikan amalan orang tua dulu dulu, tetapi amalan dan pengetahuan khasiat air ketum mula dilupai. Namun khasiat daun ketum sebagai penawar diabetes adalah tidak begitu dikenali seperti herba mas cotek dan misai kucing.

Sekarang ini Daun ketum lebih popular dengan isu negatif - air rebusan daun ketum telah di salah guna sebagai minuman ketagihan. Tapi bezanya air ketum yang mengkhayalkan adalah telah dicampur dengan bahan bahan asing seperti ubat nyamuk malah ada perkatakan tahi lembu adalah salah satu ramuan untuk mendapatkan "kick" atau kepekatan yang amat tinggi.

Berdasarkan pengalaman mengurus dan mengawal penyakit kencing manis yang dihidapi oleh ayah saya dapati daun ketum adalah yang paling mujarab diantara herba ubatan alternative yang dicuba dalam mengawal kadar gula dalam darah. Herba lain mungkin punyai kelebihan dengan cara tindak balas yang berlainan, tapi daun ketum amat mujarab dalam mujarab dalam menurun kadar gula darah dalam masa yang cepat

Kemampuan untuk menurunkan kadar gula dalam darah secepat mungkin adalah penting terutama untuk pesakit yang mengalami luka dan kebengkakan ( diabetes feet) untuk membantu pemulihan tisu dan mencegah jangkitan (infection).

Terdapat 2 jenis daun ketum yang boleh dibezakan melalui warna daun, bentuk kedua daun adalah lebh kurang sama. Satu adalah yang berwarna hijau dan satu lagi mempunyai tulang daun berwarna merah yang boleh dilhat jelas di belakang daun. Spesies berwarna belang merah ini dikatakan lebih berkhasiat dan mujarab.



Testimoni

Pengambilan pertama segelas air rebusan daun ketum pada waktu malam dan kadar gula pada paras 9.1 pada keesokan harinya menunjukkan penurunan kadar gula yang banyak. Ujian pada waktu pagi selepas sarapan menunjukkan kadar gula pada paras 5.7

Penyediaan

Rebus 7-8 helai daun ketum untuk 2 liter air, minum rebusan air tersebut sebanyak 3 kali sehari. Baki air ketum hendaklah dipanaskan dari masa ke semasa. Air rebusan yang telah masam dan berbuih tidak lagi boleh digunakan dan hendaklah dibuang.






Penyalahgunaan  Daun Ketum

Di malaysia, penyalahgunaan daun ketum ini semakin menular terutamanya dalam  kalangan penagih dadah seperti morfin dan heroin. Ini disebabkan, selain mempunyai kesan penenang, ia juga dikatakan berupaya menghilangkan kesan sindrom penarikan (withdrawal syndrome) untuk jangka masa yang singkat.

Memandangkan kesan seperti mengambil heroin dan morfin daripada daun ketum hanya mampu bertahan selama 3-4 jam, para penagih terpaksa mengambil rebusan daun ketum secara lebih kerap dan jumlah yang banyak untuk mengurangkan kesan gian terhadap morfin atau heroin. Keadaan inilah yang menyebabkan penagih mula menagih daun ketum pula.

Oleh kerana daun ketum mudah didapati secara percuma di negara ini, maka penyalahgunaannya juga semakin berleluasa.

Kesan Penyalahgunaan Daun Ketum

 - Susut berat badan
 - Sukar untuk tidur (insomnia)
 - Tiada selera makan
 - Bibir menjadi kering
 - Kesukaran membuang air besar
 - Kesan lebam dan terbakar pada muka terutamanya pada bahagian pipi


.

2 comments:

  1. pakar masak Mat Jan... baik punya...

    ReplyDelete
  2. BIasalah... sekali-sekali tak apa... ako puntrai juga kalau ada...

    ReplyDelete