Majlis Kenduri Gotong Royong Perkhawinan Anak En Jamil Saleh
Tarikh : 26 September 2010 (Ahad)
Tempat : Perkarangan Apartmen Fasa 11, Presint 9, Putrajaya.
Tuan Rumah : En. Jamil Saleh
Atas semangat kerjasama dan untuk memenuhi hasrat permintaan En. Jamil Saleh, sebahagian kecil penduduk komuniti fasa 11 yang kebanyakannya terdiri dari komuniti Blok B telah bersepakat untuk melaksanakan kenduri secara bergotong royong perkahwinan anak beliau. Gotong royong ini telah di ketua oleh Abg Ramli@Otai dan ketua tukang masak Abg Ahmad Jazari. Mesyuarat demi mesyuarat daripada mesyuarat tingkap, mesyuarat pondok dan mesyuarat di surau Saidina Ali secara tidak formal. Akhirnya pada 26 September 2010 majlis itu telah berjaya dengan jayanya dibuat untuk pertama kali.secara gotong-royong.
Sebelum dua atau tiga hari majlis diadakan, peralatan dan persiapan membeli bahan mentah, memasang khemah dan mengatur kerusi meja dan sebagainya dilaksanakan sampai ke pukul 2 dan 3 pagi. Apa yang menariknya ialah semangat kekawanan di kalangan sahabat-sahabat ini walaupun hanya membeli sedikt barang keperluan untuk kenduri ke pasar borong, mereka akan menyertai bersama beramai-ramai apatah lagi kalau membeli dengan nilai yang banyak.
Abang Otai, Abg Jazari, Yon, Samsurani Janggut, Mie Dewan, Mie Sarjan, Mie Ubat, Yop, Chot, Leman, Hanip, Aziz, Bahar, Isma, Ayub, Rahim, Pak Jan, Moktar, Joe, Zam Botak, Azhar, Mursid, Muslim, Sham, Cikgu, Zuraimi, Rani, Sarif Dol, Aku dan lain-lain…..tanpa anda majlis itu tidak akan berjaya….. kata En Jamil Saleh…….
Budaya gotong-royong dan berkerjasama perlu dihidupkan kembali bagi mengekalkan warisan nenek moyang kita masa dulu. Budaya sebegini perlu dihidupkan kembali kerana ianya banyak memberi manfaat kepada kita. Selain daripada dapat mengeratkan silaturrahim, gotong royong juga dapat meringankan beban tuan rumah dari sudut tenaga dan kewangan. Walaupun keletihan, namun semua rakan-rakan yang terlibat berpuas hati dengan kelancaran aktiviti yang dijalankan. Semoga keikhlasan rakan-rakan menjayakan gotong-royong ini mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT.....amiiiin.
Majlis Kenduri kahwin yang diadakan kali ini, di perkarangan Apartmen Fasa 11 ini cukup meriah. Dua ekor lembu habis dihidangkan sebagai lauk pauk. Nasi minyak entah berapa kawah dan nasi putih tak sempat kira berapa periuk. Resepi gulai kawah, daging masak kicap, acar, ayam golek dll sebagai hidangan untuk tetamu.
Kali ini budak-budak remaja paling gembira sebab mereka dapat mengambil bahagian bersama. Tidak kira tugas yang diberikan tanpa banyak soal mereka diterima. Ramai rakan taulan sahabat handai berkunjung memeriahkan majlis tersebut.
Sebahagian photo-photo sebagai kenangan
Semuga berbahagia sampai ke anak cucu......Amin
Semangat gotong royang yang perlu dikekalkan.. Teringat masa ako kawin dulu kat kampong..
ReplyDeleteAda cerita kawan yang tak senang hati pula... taj boleh nampak sukses!!!!! siapa tu...
ReplyDelete