Sebanyak 23 buah kenderaan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Presint 9 di Putrajaya yang memaksa kira-kira 1,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka pada jam 4.30 pagi ini.
Hujan lebat turun di kawasan Putrajaya sejak petang semalam sehingga awal pagi ini.
Seorang penduduk terbabit percaya kejadian itu berpunca daripada saluran paip yang bocor di bukit itu, menyebabkan air sentiasa mengalir dari bukit itu.
"Kami penduduk di sini sudah melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa sejak setahun lalu, tetapi tiada tindakan yang diambil," kata Junaidi Md Judi, yang juga seorang peniaga.
Ketua Polis Daerah Putrajaya Pemangku Supt Abdul Razak Abdul Majid yang ditemui di tempat kejadian berkata, tiada nyawa terkorban atau mangsa yang terperangkap di bawah timbunan tanah yang runtuh dari sebuah bukit di belakang apartmen Presint 9, Fasa 11.
Menurut Bernama, ia juga disahkan oleh pasukan bomba dan penyelamat, yang memeriksa tempat kejadian dengan menggunakan "motion detector" (alat pengesan pergerakan) dan juga anjing pengesan.
Menurut Abdul Razak, bukit setinggi 50 meter itu dengan kecuraman 45 darjah terletak 10 meter dari apartmen itu, yang mengandungi tiga blok bangunan masing-masingnnya setinggi 15 tingkat.
Tangki air
Di atas bukit itu terletak sebuah tangki air.
Berikutan kejadian tanah runtuh itu, terbentuk satu timbusan tanah dengan saiz 9 meter x 12 meter dan berketinggian 3 meter meliputi kawasan tempat letak kereta itu.
Abdul Razak berkata penduduk terbabit kini ditempatkan di pusat komuniti Presint 9 dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9.
"Kita masih menunggu jurutera IKRAM (Institut Kerja Raya Malaysia) untuk mengesahkan sama ada akan berlaku lagi pergerakan tanah di kawasan itu.
"Lepas itu baru keputusan boleh dibuat sama ada penduduk boleh dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing," katanya.
Sempat selamat kereta
Sementara itu, Bernama melaporkan, Junaidi menyabung nyawa dalam usaha menyelamatkan keretanya ketika berlakunya tanah runtuh itu.
Apabila dimaklumkan oleh jirannya mengenai kejadian itu kira-kira jam 4.30 pagi, beliau terus bergegas ke tempat letak kereta Blok B untuk menyelamatkan keretanya.
"Ketika saya cuba menghidupkan enjin kereta, saya boleh Nampak pergerakan tanah sedang menghala ke arah kereta saya. Saya terus berdoa dan menggerakkan kereta itu secepat mungkin," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Junaidi berkata beliau adalah antara orang pertama yang mengalihkan kereta dari kawasan itu.
Ketika itu, katanya, keadaan kelam-kabut, ada orang menjerit meminta tolong dan ada yang bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Isteri beliau, Normah Suboh, 45, Pembantu Tadbir di Kementerian Belia dan Sukan, berkata hari jadinya yang diraikan di luar bersama keluarga malam tadi telah menyelamatkan kereta daripada tertimbus oleh tanah runtuh itu.
Ini kerana kereta beliau terpaksa diletakkan di kawasan lain setelah tempat letak kereta itu penuh apabila beliau dan keluarga pulang selepas majlis itu malam tadi.
Normah berkata ini merupakan kali pertama kejadian tanah runtuh di situ sejak beliau mula tinggal di tingkat 3 Blok B, apartmen itu dua tahun lalu.

1,000 pindah tanah runtuh di Putrajaya
PUTRAJAYA: Dua puluh lima kenderaan tertimbus, manakala kira-kira 1,000 penduduk daripada 335 keluarga terpaksa dipindahkan dalam kejadian tanah runtuh berhampiran Pangsapuri Fasa 11, Presint 9 di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi semalam, tebing bukit Taman Rimba Desa setinggi 50 meter di belakang pangsapuri itu dikatakan menggelungsur hingga membentuk timbunan tanah, dianggar seluas 360 meter persegi dengan ketinggian tiga meter di kawasan letak kereta di situ.
Beberapa saksi memberitahu, mereka mendengar dentuman kuat dan melihat runtuhan tanah menolak serta menimbus kenderaan di situ. Antara kereta yang tertimbus ialah Naza Citra dan Toyota Vios yang baru seminggu dibeli.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Pemangku Superintendan Ab Razak Ab Majid, berkata bukit dengan kecuraman 45 darjah itu terletak 10 meter dari pangsapuri berkenaan, yang menempatkan tiga blok kuarters kerajaan setinggi 15 dan 16 tingkat.
Beliau berkata, 335 keluarga kakitangan sokongan daripada pelbagai jabatan yang mendiami pangsapuri itu sejak hampir dua tahun lalu, diarah berpindah bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Bagaimanapun, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) yang menggunakan alat pengesan pergerakan serta lima anjing bantuan pengesan, mengesahkan tiada tertimbus atau terperangkap dalam runtuhan itu.
“Polis juga tidak menerima laporan mengenai kehilangan mana-mana individu di lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang melawat mangsa dan meninjau tempat kejadian petang semalam, berkata runtuhan itu sememangnya tidak dijangka kerana cerun berbukit berkenaan stabil sejak dibina 10 tahun lalu.
“Saya terkejut mendengar berita tanah runtuh... saya tak sangka tanah runtuh boleh berlaku di kawasan Putrajaya,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 300 keluarga mangsa di Dewan Serbaguna, Pusat Komuniti Presint 9 di sini.
Terdahulu, Perdana Menteri menerima tepukan bergemuruh sebaik memasuki dewan berkenaan. Abdullah yang tiba kira-kira jam 4.35 petang, menghabiskan masa hampir sejam meninjau tempat kejadian.
Beliau diiringi Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique dan Ketua Setiausaha Negara (KNS), Tan Sri Sidek Hassan. Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman memberi penerangan kepada Abdullah sepanjang lawatan itu.
Perdana Menteri berkata, siasatan mengenai kejadian itu dijangka mengambil masa dua minggu.
“Kerajaan perlu tahu bagaimana runtuhan itu boleh berlaku kerana selama ini cerun berkenaan didapati stabil. Pokok dan rumput juga ditanam bagi mengukuhkan lagi tebingnya,” katanya.
Sambil bersimpati dengan mangsa, Perdana Menteri berkata, semua penduduk terbabit dipindahkan ke kuarters sementara di Pangsapuri Presint 14 supaya lebih selesa.
Sebelum itu, semua mangsa ditempatkan di Dewan Serbaguna, Pusat Komuniti Presint 9 dan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9 (I).
Abdullah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan agensi kerajaan yang membantu meringankan beban mangsa.
Seramai 150 anggota polis, 36 anggota dari Balai Bomba Putrajaya, 12 anggota Smart dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dikejarkan ke tempat kejadian sejurus polis menerima panggilan orang ramai, kira-kira jam 4.40 pagi.
Jurutera Jabatan Mineral dan Geosains, Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) serta Perbadanan Putrajaya turut menjalankan siasatan dan pemeriksaan di tempat kejadian.
Sementara itu, Ab Razak berkata, pihaknya masih menunggu laporan lengkap Ikram berhubung tahap keselamatan ketiga-tiga blok terbabit sebelum membenarkan penghuni pulang ke rumah. “Kita juga masih menunggu jurutera Ikram untuk mengesahkan kemungkinan akan berlaku lagi pergerakan tanah di kawasan terbabit,” katanya.
Dua minggu siasat punca tanah runtuh
PUTRAJAYA 22 Mac – Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) memerlukan tempoh dua minggu untuk menyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian tanah runtuh berhampiran apartmen kuarters kerajaan di Presint 9 di sini.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique berkata, dalam siasatan itu Ikram juga akan menyiasat tahap keselamatan struktur apartmen yang menempatkan tiga blok kuarters kakitangan kerajaan itu.
‘‘Siasatan Ikram turut meliputi kaedah untuk membaik pulih kerosakan cerun yang berlaku di situ serta pemeriksaan ke atas lereng bukit yang lain di seluruh Putrajaya,” katanya kepada pemberita selepas meninjau tempat kejadian dan melawat mangsa yang berlindung di Pusat Komuniti Presint 9 di sini hari ini.
Zulhasnan berkata, kerajaan akan membuat keputusan sama ada kuarters setinggi 15 tingkat yang dihuni oleh 335 keluarga itu masih selamat diduduki atau sebaliknya.
‘‘Sementara siasatan dijalankan, kerajaan akan menyediakan tempat tinggal alternatif iaitu apartmen di Presint 14 yang merupakan kuarters kerajaan yang baru siap dan sudah dilengkapi bekalan elektrik dan air.
‘‘Memandangkan kuarters apartmen Presint 14 hanya dilengkapi dengan kemudahan asas, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyediakan tilam manakala Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) akan menyediakan makanan untuk penduduk yang berpindah sepanjang tempoh dua minggu itu,” katanya.
Menurut Zulhasnan, pihak Perbadanan Putrajaya juga akan menyediakan pengangkutan untuk mengambil dan menghantar anak-anak mangsa ke sekolah.
Ditanya adakah faktor hujan lebat sejak beberapa hari lalu menjadi punca kejadian tanah runtuh itu, beliau berkata, siasatan masih dilakukan oleh Ikram.
Mengulas mengenai dakwaan penghuni bahawa aduan telah dibuat sejak enam bulan lalu mengenai berlaku aliran air di kawasan cerun yang terletak berhadapan dengan apartmen blok A, B dan C di Presint 9, beliau berkata, siasatan berhubung aduan itu akan dibuat oleh Putrajaya Holding Berhad.
Ditanya sama ada imej Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan akan terjejas kerana Putrajaya merupakan bandar contoh yang mempunyai pelan pembangunan terancang, beliau berkata, masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan mengenai kejadian tanah runtuh itu.
Dari cacatan Fadillah Ibrahim
Tak tau cemana nak start cerita.. kejadian berlaku kira2 pkl 4.22 pagi 22 Mac 2007.. waktu kami semua tengah tido plak tu.. nasib baik kasih dah duduk kat umah nenek dia kat Shah Alam.. filla duduk kat tingkat 13 blok B.. mmg tak sedar langsung masa tu..filla n radie org paling last keluar dari building!! boley gitew? hehe.. nak wat camana mmg tak sedar langsung.. so pagi tu mcm biasa nak pegi keje..mandi apa semua..dlm kul 7.35 pagi tu keluar ler sama2.. pastu masa tengah tunggu lif, radie jenguk bawah, tgk ada ambulans, ada polis, ngan ramai sgt org.. radie siap ckp 'ni mesti kes org bunuh diri nie!!'.. kitorang pun kelam-kabut ler nak tau.. sampai jerk bawah, ada polis dah siap tunggu dpn lif.. aku aper lagi... terus je tanya, 'encik, ni ada aper nie?'.. skali polis tu kata tanah runtuh, aku pusing je belakang, tengok kat car park yg aku selalu park kete tu, dah tinggi setingkat setengah dah tanah!! dgn kereta tonggang-tebalik.. mau aku tak tekejut beruk?!.. aku tak ingat radie dah, aku terus lari nak gi tgk kete kitorang.. Alhamdulilah nasib tak kene!!.. ada lah dlm 3 space parking tu lagi kete aku nak kene... dgn polis, bomba..semua tgh bediri kat kete aku! yelah..kete kitorang jer sebijik kat situ.. (paling last dpt tau ler kata kan!!)..hehe.. aku terus start engine blah gi tempat safe sikit.. yg sedihnya semua kereta jiran2 yg kitorang kenal.. sian tengok!!
aku bersyukur sangat aku keluar hari rabu malam tu.. aku kua ngan member aku Anny,, kitorang balik kul 10.30 mlm camtu.. radie tunggu kat umah.. kebetulan parking penuh kat area tanah runtuh tu.. so aku x der choice aku kene lah gi parking hujung sikit.. kat tanah runtuh tu ler my fav parking space sbenarnya.. pastu selalu weekdays aku mmg parking situ kalo kosong... lagi sekali Alhamdulilah!!! my MIL crita, Kasih kat Shah Alam bangun kul 4.30 mcm tu, dia duduk, tp mata tutup, mcm meragam sikit.. ingatkan dia rindu kat mama n papa dia nie.. majority saper yg ada anak kecik kat blok kitorang semua bangun merengek2 sebelum kejadian.. so ramai lah yg sedar masa tu... aku gak ngan radie yg tido bukan main sedap!!! hehe.. bom meletup pon tak sedar!!!
So sekarang nie, kitorang dipindahkan sementara kat kuarters baru kat presint 14.. jauh gak mcm nak ke bangi tu.. selalu tgk dlm tv jer mangsa2 bencana alam..now aku pulak yg merasa!!.. letih giler... polis bagi ktorang masa utk amik barang kat umah lama tuk bwk ke umah baru.. dgn kene mop lagi.. makan dorang bagi utk 2 minggu ni..b/fast, lunch n dinner.. tp jgn crita lah!!! lauk sadin cap aper tah,, sardin hancur ok?.. ngan sayur bayam..2 helai mcm tu.. sedih jerk.. aku ngan radie..kalo ada masa mkn kat luar jerk..
Tapi ni lah pengalaman paling ngeri dan tragis dalam hidup aku.. nasib baik tanah runtuh ni jadik dlm kul 4 pagi.. kalo 8 pagi ke? 5 petang ke?.. Ya Allah tak dpt bayangkan kalo ada nyawa terkorban.. lagi panjang crita...... buat yg tau tentang ni.. call filla, sms ke..thank u very much for your support...
Betul-betul nostalgia beb!!!!
ReplyDeleteDapat tuntutan kira pulang modal....
ReplyDeleteTeriam kasih kepada yang terlibat berkenaan tuntutan tersebut
Kira pulang modal juga ye pada member-member yang kena musibah.... Sabar. cobaan tu pada ketika itu....
ReplyDelete