Thursday, September 30, 2010

Menyingkap Rahsia Saka Dan Keturunan

Definisi:

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.

Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, meeka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.

Nama-anam seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.

Dalil:

Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t.:


Ertinya:

"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..." - Surah al-Jin: 6

Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang dengan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.


Pertalian Antara Jin Dan Saka:

Terdapat pertalian yang erat antara jin dan saka. Jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan itulah yang dikenali sebagai saka.

Dalilnya:

Dari Abu Tha'labah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:


Ertinya:

"Jin itu mempunyai tiga jenis: Satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing dan satu jenis yang berpindah-randah."

Jin yang berpindah-randah seperti yang disebutkan diklasifikasikan sebagai jenis jin yang menjadi saka disebabkan jenis jin ini yang mampu berpindah-randah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya.


Ciri-ciri Orang Yang Memiliki Saka:

Secara umumnya orang yang memiliki saka akan mempunyai kebolehan untuk mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariat, antaranya:

1. Kebanyakkan mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui kaedah ‘menurun’. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai para wali Allah dan orang-orang soleh seperti Syeikh Abdul Qodir al-jilani, Syeikh Bahauddin an-Naqsyabandi, Syeikh Abu Hassan as-Syazili dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka.

2. Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman.

3. Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang langsung tidak dapat difahami.

4. Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.

5. Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa belajar.


Masa Saka Berpindah:

Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela maka ia mencari perumah/pembela baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah mati itu tadi.


Proses Perpindahan Saka:

Berikut adalah kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut:

Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati; jasadnya mati setelah rohnya keluar dari jasadnya. Namun begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukannya seperti manusia.

Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin tersebut bebas dan berada dalam keadaan seperti layang-layang yang terputus talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi mencari rumah tumpangannya yang baru. Perihal nyawa jin dan syaitan yang ternyata lebih panjang dari unsur manusia.

Firman Allah s.w.t.:



Maksudnya:"Iblis menjawab:'Beri tangguhlah saya sampai waktu dibangkitkan.' Allah berfirman :"Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus.............Surah al-a'raf: ayat 14-16

Kemudiannya saka tersebut akan bepindah kepada anak cucu sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin tersebut akan berpindah kepada anak cucu yang ada mengamalkan jampi-jampi tertentu yang diambil dari si mati.

Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut ada menyimpan mana-mana barang tinggalan si mati.

Saka juga berpindah kepada anak cucu yang secara pengamatannya merupakan waris yang menjadi orang harapan kepada keluarga pada masa hadapan khususnya orang harapan kepada si mati yang menyimpan saka tadi.

Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati semasa hidupnya iaitu serumah dengannya.


Mereka Yang Menjadi Sasaran Saka:

Anak cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya.

Anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar peraturan agama.

Anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa.

Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan sangat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan.

Anak cucu yang lemah; fizikal dan antibodinya. ini akan memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan mangsanya.

Anak cucu yang memang menginginkan sangat apa yang dipunyai oleh nenek moyang mereka. Apabila saka ini diwarisi seolah-olah orang mengantuk disorongkan bantal.

Anak cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dengan cara yang mencabar syariat Allah s.w.t.


Tanda Seseorang Itu Mempunyai Saka:

Gejala pada waktu tidur:

Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.

Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.

Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan 'kena tindih'.

Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.

Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sebagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.

- Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
- Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
- Berdiri dan berjalan ketika tidur.
- Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
- Mimpi berada di tempat sunyi.
- Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.
- Mimpi melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).
- Mimpi melihat salib atau gereja.
- Mimpi bertemu paderi.
- Merintih dan menangis ketika tidur.

Gejala pada waktu jaga:

- Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengean penyakit dan dikatakan penyakit misteri.

- Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.

- Hilang ingatan dan mungkin menjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar 'majnun'. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf'ul.

- Sering lesu dan malas.

- Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.

- Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.

- Lenguh pada sendi-sendi utama.

- Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.

- Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat kanser berpunca daripada jin.

- Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.

- Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.

- Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.

- Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.

- Mudah marah dan panas baran.

- Emosional dan terlalu sensitif.



Kesan Dan Akibat Daripada Saka:

- Orang memiliki saka sukar untuk mendapat anak.

- Banyak perkara ganjil berlaku di dalam hidup seperti pernah berjumpa dengan orang aneh namun orang lain tidak dapat melihatnya dan sebagainya.

- Tidak berupaya untuk hidup dengan sempurna kerana menghidap pelbagai penyakit moden malah penyakit aneh yang tidak mampu didianogsiskan. Mungkin juga berpotensi menghidap penyakit kanser kerana kanser mempunyai pertalian yang rapat dengan gangguan jin.

- Tidak suka bergaul dengan manusia lain dan kurang suka hidup bermasyarakat.

- Sangat sensitif dan mudah terasa dengan kata-kata orang.

- Kadangkala tahu perkara-perkara mustahil diketahui oleh orang-orang lain. Namun hakikatnya ia adalah bisikan iblis dan jin.

- Anak kepada anak cucu yang mempunyai saka sentiasa banyak menangis semasa kecil dan semasa besar berperangai dengan perangai yang buruk.

- Anak cucu yang mempunyai saka suka melawan cakap ibu bapa dan orang lebih tua.

- Kehidupan menjadi suram dan tidak ceria serta selalu dalam keadaan tegang.


Cara Menjauhi Saka:

Terdapat amalan yang benar/sahih bagi menghalang gangguan saka. Dengan izin Allah s.w.t. segala bentuk ganggun jin dapat dihindarkan dengan syarat penuh keyakinan bahawa Allah s.w.t. menurunkan al-Quran itu sebagai penyembuh bagi segala penyakit. Amalan yang berterusan pasti akan memberi manfaat yang amat besar kepada kita di dunia dan di akhirat.

Anda boleh mengamalkan semua atau mana-mana amalan berikut dengan bersungguh-sungguh sebagai benteng dari gangguan jin/saka:

1. Bacalah 1000 kali setiap hari:



2. Bacalah 100 kali selepas solat subuh:



3. Amalkan surah fatihah 21 kali sebelum tidur;



4. Amalkan membaca surah Yasin keseluruhan atau ayat 1-9 setiap subuh:



5. Amalkan setiap pagi dan petang bacaan ini:


6. Amalkan membaca al-Quran setiap hari. Sebaiknya satu juzuk sehari.

7. Amalkan selawat syifa:


8. Amalkan selawat tafrijiyah:



Kaedah rawatan


Ada 2 kaedah rawatan yang kami jalankan:         
                                
             
Rawatan untuk seluruh keluarga yang mempunyai saka.
Rawatan secara individu yang diganggu saka.

                1. Rawatan Seluruh Ahli Keluarga Yang Ada Saka:             
                                 
               
Ini adalah kaedah terbaik untuk menghapuskan saka keluarga terbabit.
Rawatan ini membabitkan semua ahli keluarga samada yang telah diganggu saka dan ahli keluarga yang belum diganggu saka terbabit. (Pembersihan dan pencegahan).
Ini memerlukan komitmen (kerjasama) dari seluruh ahli keluarga bermula dari datuk, nenek, anak-anak dan cucu-cicitnya (pernah kami buang saka bagi keluarga yang besar jumlahnya iaitu hampir 100 orang!
InsyaAllah rawatan ini dapat menghapuskan saka secara keseluruhannya

                 2. Terapi Secara Individu Yang Diganggu Saka:   
                                 
               
Rawatan ini khusus untuk individu yang diganggu saka.
Proses ini sebenarnya lebih sukar kerana saka biasanya bukan hanya ada pada seorang individu dalam keluarga tersebut.
Kaedah ini adalah bagi mereka yang sukar untuk mengumpulkan ahli keluarga untuk buang saka - ini adalah masalah biasa (ada kalangan keluarga yang enggan atau tidak percaya disebabkan tidak ada mengalami sebarang sakit).
Untuk rawatan individu, saka yang menggangu individu terbabit dihapuskan.

Sumber: Penawar.com




Wednesday, September 29, 2010

Nostalgia.........

Tanah runtuh: 23 kenderaan tertimbus di Putrajaya


Sebanyak 23 buah kenderaan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Presint 9 di Putrajaya yang memaksa kira-kira 1,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka pada jam 4.30 pagi ini.


Hujan lebat turun di kawasan Putrajaya sejak petang semalam sehingga awal pagi ini.
Seorang penduduk terbabit percaya kejadian itu berpunca daripada saluran paip yang bocor di bukit itu, menyebabkan air sentiasa mengalir dari bukit itu.


"Kami penduduk di sini sudah melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa sejak setahun lalu, tetapi tiada tindakan yang diambil," kata Junaidi Md Judi, yang juga seorang peniaga.


Ketua Polis Daerah Putrajaya Pemangku Supt Abdul Razak Abdul Majid yang ditemui di tempat kejadian berkata, tiada nyawa terkorban atau mangsa yang terperangkap di bawah timbunan tanah yang runtuh dari sebuah bukit di belakang apartmen Presint 9, Fasa 11.


Menurut Bernama, ia juga disahkan oleh pasukan bomba dan penyelamat, yang memeriksa tempat kejadian dengan menggunakan "motion detector" (alat pengesan pergerakan) dan juga anjing pengesan.


Menurut Abdul Razak, bukit setinggi 50 meter itu dengan kecuraman 45 darjah terletak 10 meter dari apartmen itu, yang mengandungi tiga blok bangunan masing-masingnnya setinggi 15 tingkat.


Tangki air


Di atas bukit itu terletak sebuah tangki air.


Berikutan kejadian tanah runtuh itu, terbentuk satu timbusan tanah dengan saiz 9 meter x 12 meter dan berketinggian 3 meter meliputi kawasan tempat letak kereta itu.


Abdul Razak berkata penduduk terbabit kini ditempatkan di pusat komuniti Presint 9 dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9.


"Kita masih menunggu jurutera IKRAM (Institut Kerja Raya Malaysia) untuk mengesahkan sama ada akan berlaku lagi pergerakan tanah di kawasan itu.


"Lepas itu baru keputusan boleh dibuat sama ada penduduk boleh dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing," katanya.


Sempat selamat kereta


Sementara itu, Bernama melaporkan, Junaidi menyabung nyawa dalam usaha menyelamatkan keretanya ketika berlakunya tanah runtuh itu.


Apabila dimaklumkan oleh jirannya mengenai kejadian itu kira-kira jam 4.30 pagi, beliau terus bergegas ke tempat letak kereta Blok B untuk menyelamatkan keretanya.


"Ketika saya cuba menghidupkan enjin kereta, saya boleh Nampak pergerakan tanah sedang menghala ke arah kereta saya. Saya terus berdoa dan menggerakkan kereta itu secepat mungkin," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Junaidi berkata beliau adalah antara orang pertama yang mengalihkan kereta dari kawasan itu.


Ketika itu, katanya, keadaan kelam-kabut, ada orang menjerit meminta tolong dan ada yang bertempiaran lari menyelamatkan diri.


Isteri beliau, Normah Suboh, 45, Pembantu Tadbir di Kementerian Belia dan Sukan, berkata hari jadinya yang diraikan di luar bersama keluarga malam tadi telah menyelamatkan kereta daripada tertimbus oleh tanah runtuh itu.


Ini kerana kereta beliau terpaksa diletakkan di kawasan lain setelah tempat letak kereta itu penuh apabila beliau dan keluarga pulang selepas majlis itu malam tadi.
Normah berkata ini merupakan kali pertama kejadian tanah runtuh di situ sejak beliau mula tinggal di tingkat 3 Blok B, apartmen itu dua tahun lalu.









1,000 pindah tanah runtuh di Putrajaya

PUTRAJAYA: Dua puluh lima kenderaan tertimbus, manakala kira-kira 1,000 penduduk daripada 335 keluarga terpaksa dipindahkan dalam kejadian tanah runtuh berhampiran Pangsapuri Fasa 11, Presint 9 di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi semalam, tebing bukit Taman Rimba Desa setinggi 50 meter di belakang pangsapuri itu dikatakan menggelungsur hingga membentuk timbunan tanah, dianggar seluas 360 meter persegi dengan ketinggian tiga meter di kawasan letak kereta di situ.

Beberapa saksi memberitahu, mereka mendengar dentuman kuat dan melihat runtuhan tanah menolak serta menimbus kenderaan di situ. Antara kereta yang tertimbus ialah Naza Citra dan Toyota Vios yang baru seminggu dibeli.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Pemangku Superintendan Ab Razak Ab Majid, berkata bukit dengan kecuraman 45 darjah itu terletak 10 meter dari pangsapuri berkenaan, yang menempatkan tiga blok kuarters kerajaan setinggi 15 dan 16 tingkat.

Beliau berkata, 335 keluarga kakitangan sokongan daripada pelbagai jabatan yang mendiami pangsapuri itu sejak hampir dua tahun lalu, diarah berpindah bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Bagaimanapun, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) yang menggunakan alat pengesan pergerakan serta lima anjing bantuan pengesan, mengesahkan tiada tertimbus atau terperangkap dalam runtuhan itu.

“Polis juga tidak menerima laporan mengenai kehilangan mana-mana individu di lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang melawat mangsa dan meninjau tempat kejadian petang semalam, berkata runtuhan itu sememangnya tidak dijangka kerana cerun berbukit berkenaan stabil sejak dibina 10 tahun lalu.

“Saya terkejut mendengar berita tanah runtuh... saya tak sangka tanah runtuh boleh berlaku di kawasan Putrajaya,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 300 keluarga mangsa di Dewan Serbaguna, Pusat Komuniti Presint 9 di sini.

Terdahulu, Perdana Menteri menerima tepukan bergemuruh sebaik memasuki dewan berkenaan. Abdullah yang tiba kira-kira jam 4.35 petang, menghabiskan masa hampir sejam meninjau tempat kejadian.

Beliau diiringi Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique dan Ketua Setiausaha Negara (KNS), Tan Sri Sidek Hassan. Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman memberi penerangan kepada Abdullah sepanjang lawatan itu.
Perdana Menteri berkata, siasatan mengenai kejadian itu dijangka mengambil masa dua minggu.

“Kerajaan perlu tahu bagaimana runtuhan itu boleh berlaku kerana selama ini cerun berkenaan didapati stabil. Pokok dan rumput juga ditanam bagi mengukuhkan lagi tebingnya,” katanya.

Sambil bersimpati dengan mangsa, Perdana Menteri berkata, semua penduduk terbabit dipindahkan ke kuarters sementara di Pangsapuri Presint 14 supaya lebih selesa.

Sebelum itu, semua mangsa ditempatkan di Dewan Serbaguna, Pusat Komuniti Presint 9 dan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9 (I).

Abdullah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan agensi kerajaan yang membantu meringankan beban mangsa.

Seramai 150 anggota polis, 36 anggota dari Balai Bomba Putrajaya, 12 anggota Smart dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dikejarkan ke tempat kejadian sejurus polis menerima panggilan orang ramai, kira-kira jam 4.40 pagi.

Jurutera Jabatan Mineral dan Geosains, Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) serta Perbadanan Putrajaya turut menjalankan siasatan dan pemeriksaan di tempat kejadian.

Sementara itu, Ab Razak berkata, pihaknya masih menunggu laporan lengkap Ikram berhubung tahap keselamatan ketiga-tiga blok terbabit sebelum membenarkan penghuni pulang ke rumah. “Kita juga masih menunggu jurutera Ikram untuk mengesahkan kemungkinan akan berlaku lagi pergerakan tanah di kawasan terbabit,” katanya.






Dua minggu siasat punca tanah runtuh

PUTRAJAYA 22 Mac – Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) memerlukan tempoh dua minggu untuk menyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian tanah runtuh berhampiran apartmen kuarters kerajaan di Presint 9 di sini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique berkata, dalam siasatan itu Ikram juga akan menyiasat tahap keselamatan struktur apartmen yang menempatkan tiga blok kuarters kakitangan kerajaan itu.

‘‘Siasatan Ikram turut meliputi kaedah untuk membaik pulih kerosakan cerun yang berlaku di situ serta pemeriksaan ke atas lereng bukit yang lain di seluruh Putrajaya,” katanya kepada pemberita selepas meninjau tempat kejadian dan melawat mangsa yang berlindung di Pusat Komuniti Presint 9 di sini hari ini.

Zulhasnan berkata, kerajaan akan membuat keputusan sama ada kuarters setinggi 15 tingkat yang dihuni oleh 335 keluarga itu masih selamat diduduki atau sebaliknya.

‘‘Sementara siasatan dijalankan, kerajaan akan menyediakan tempat tinggal alternatif iaitu apartmen di Presint 14 yang merupakan kuarters kerajaan yang baru siap dan sudah dilengkapi bekalan elektrik dan air.

‘‘Memandangkan kuarters apartmen Presint 14 hanya dilengkapi dengan kemudahan asas, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyediakan tilam manakala Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) akan menyediakan makanan untuk penduduk yang berpindah sepanjang tempoh dua minggu itu,” katanya.

Menurut Zulhasnan, pihak Perbadanan Putrajaya juga akan menyediakan pengangkutan untuk mengambil dan menghantar anak-anak mangsa ke sekolah.

Ditanya adakah faktor hujan lebat sejak beberapa hari lalu menjadi punca kejadian tanah runtuh itu, beliau berkata, siasatan masih dilakukan oleh Ikram.

Mengulas mengenai dakwaan penghuni bahawa aduan telah dibuat sejak enam bulan lalu mengenai berlaku aliran air di kawasan cerun yang terletak berhadapan dengan apartmen blok A, B dan C di Presint 9, beliau berkata, siasatan berhubung aduan itu akan dibuat oleh Putrajaya Holding Berhad.

Ditanya sama ada imej Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan akan terjejas kerana Putrajaya merupakan bandar contoh yang mempunyai pelan pembangunan terancang, beliau berkata, masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan mengenai kejadian tanah runtuh itu.



Dari cacatan Fadillah Ibrahim


Tak tau cemana nak start cerita.. kejadian berlaku kira2 pkl 4.22 pagi 22 Mac 2007.. waktu kami semua tengah tido plak tu.. nasib baik kasih dah duduk kat umah nenek dia kat Shah Alam.. filla duduk kat tingkat 13 blok B.. mmg tak sedar langsung masa tu..filla n radie org paling last keluar dari building!! boley gitew? hehe.. nak wat camana mmg tak sedar langsung.. so pagi tu mcm biasa nak pegi keje..mandi apa semua..dlm kul 7.35 pagi tu keluar ler sama2.. pastu masa tengah tunggu lif, radie jenguk bawah, tgk ada ambulans, ada polis, ngan ramai sgt org.. radie siap ckp 'ni mesti kes org bunuh diri nie!!'.. kitorang pun kelam-kabut ler nak tau.. sampai jerk bawah, ada polis dah siap tunggu dpn lif.. aku aper lagi... terus je tanya, 'encik, ni ada aper nie?'.. skali polis tu kata tanah runtuh, aku pusing je belakang, tengok kat car park yg aku selalu park kete tu, dah tinggi setingkat setengah dah tanah!! dgn kereta tonggang-tebalik.. mau aku tak tekejut beruk?!.. aku tak ingat radie dah, aku terus lari nak gi tgk kete kitorang.. Alhamdulilah nasib tak kene!!.. ada lah dlm 3 space parking tu lagi kete aku nak kene... dgn polis, bomba..semua tgh bediri kat kete aku! yelah..kete kitorang jer sebijik kat situ.. (paling last dpt tau ler kata kan!!)..hehe.. aku terus start engine blah gi tempat safe sikit.. yg sedihnya semua kereta jiran2 yg kitorang kenal.. sian tengok!! 
aku bersyukur sangat aku keluar hari rabu malam tu.. aku kua ngan member aku Anny,, kitorang balik kul 10.30 mlm camtu.. radie tunggu kat umah.. kebetulan parking penuh kat area tanah runtuh tu.. so aku x der choice aku kene lah gi parking hujung sikit.. kat tanah runtuh tu ler my fav parking space sbenarnya.. pastu selalu weekdays aku mmg parking situ kalo kosong... lagi sekali Alhamdulilah!!! my MIL crita, Kasih kat Shah Alam bangun kul 4.30 mcm tu, dia duduk, tp mata tutup, mcm meragam sikit.. ingatkan dia rindu kat mama n papa dia nie.. majority saper yg ada anak kecik kat blok kitorang semua bangun merengek2 sebelum kejadian.. so ramai lah yg sedar masa tu... aku gak ngan radie yg tido bukan main sedap!!! hehe.. bom meletup pon tak sedar!!!
So sekarang nie, kitorang dipindahkan sementara kat kuarters baru kat presint 14.. jauh gak mcm nak ke bangi tu.. selalu tgk dlm tv jer mangsa2 bencana alam..now aku pulak yg merasa!!.. letih giler... polis bagi ktorang masa utk amik barang kat umah lama tuk bwk ke umah baru.. dgn kene mop lagi.. makan dorang bagi utk 2 minggu ni..b/fast, lunch n dinner.. tp jgn crita lah!!! lauk sadin cap aper tah,, sardin hancur ok?.. ngan sayur bayam..2 helai mcm tu.. sedih jerk.. aku ngan radie..kalo ada masa mkn kat luar jerk..
Tapi ni lah pengalaman paling ngeri dan tragis dalam hidup aku.. nasib baik tanah runtuh ni jadik dlm kul 4 pagi.. kalo 8 pagi ke? 5 petang ke?.. Ya Allah tak dpt bayangkan kalo ada nyawa terkorban.. lagi panjang crita...... buat yg tau tentang ni.. call filla, sms ke..thank u very much for your support...



Untuk melihat gambar tanah runtuh klik photo album dibawah.

Foto Album Tanah Runtuh